Monday 26 September 2016

cara menyelesaikan hutang kereta sambil mengambil keuntungan melalui pinjaman peribadi




Disini saya akan mengajar tuan bagaimana untuk meringankan beban bulanan dan cara menyelesaikan hutang kereta sambil mengambil keuntungan melalui pinjaman peribadi. Ramai dikalangan kita menyatakan membuat pinjaman peribadi untuk menyelesaikan hutang merugikan sebenarnya banyak keuntungan berdasarkan strategi peminjam itu sendiri jika tersilap langkah anda akan rugi. Syaratnya kereta anda mesti hutang berbaki 3 tahun bermakna hutang kereta dah selesai 5 tahun. Disini saya sertakan kiraan dan banding kira antara hutang kereta selama 9 tahun dan pinjaman peribadi selapas pinjaman kereta 5 tahun.









Contoh pinjaman kereta

Jika anda lihat dari jadual pinjaman kereta didapati bayaran 9 tahun berjumlah RM124,300.00 iaitu jumlah pinjaman termasuk kadar bunga. Kerana kadar bunga dikira 2.70% x 100,000.00 setiap tahun menjadikan jumlah semakin besar walaupun pinjaman semakin berkurang. Jadi cara untuk mengurangkan pembayaran dengan menyambung pinjaman anda dengan pinjaman peribadi kerana jumlah pinjaman semakin mengecil berbading terdahulu iaitu pinjaman peribadi sebanyak RM30,944.44 berbanding dahulu iaitu RM100,000.00. Bemakna pinjaman anda akan di kira semula iaitu 5.0% x 30944.44 berbading 2.70% x 100,000 walaupun kadar bunga pinjaman peribadi tinggi tetapi anda tetap mendapat keuntungan kerana peratus pinjaman anda dikira keatas pinjaman baru anda iaitu RM30,944.44 dan bukan lagi RM100,000.00. kaedah seperti mana pinjaman perumahan kerajaan bayarannya semakin mengecil setiap tahun kerana peratusnya/kadar bunga didarab keatas baki hutang setiap tahun. Saya bagi contoh dibawah iaitu pinjaman peribadi bagi sambung bayar kereta sama ada ingin dibuat 10 tahun atau 3 tahun. Jika anda buat 10 tahun pinjaman peribadi bermakna anda membuat pinjaman kereta persamaan 5 tahun pinjaman kereta + 10 tahun pinjaman peribadi = 15 tahun manakala jika anda buat 3 tahun pinjaman kereta anda ialah 5 tahun pinjaman kereta + 3 tahun pinjaman peribadi = 9 tahun


Contoh pinjaman peribadi bagi menyelesaikan kereta selepas 5 tahun

Dibawah ada contoh bagi mereka yang ingin selesaikan pinjaman peribadi selama 10 tahun. Bedasarkan kiraan tersebut anda akan jimat sedikit dan beban bulanan anda akan berkurang berbanding yang terdahulu iaitu pengurangan sebanyak RM1150.93-RM415.46=RM735.47. Anda juga akan jimat sebanyak RM124,300.00 (jumlah bayaran hutang kereta 9 tahun termasuk bunga) -113925.00 ( hutang kereta 5 tahun termasuk bunga + hutang pinjaman peribadi 10 tahun termasuk bunga) = RM10,375.00. Jumlah pinjaman adalah berdasarkan baki hutang kereta anda di bank iaitu sebanyak RM30944.44. Manakala loan peribadi termasuk loan kereta 5 tahun ialah RM69,055.56+RM44,864.44=RM113,925.00 bermakna berkurang dari pinjaman kereta sebanyak RM124,300 jika anda meneruskan untuk menyelesaikan hutang kereta. Tetapi kaedah ini menyebabkan tempoh pembayaran anda menjadi semakin panjang iaitu menjadikan pinjaman kereta anda selama 15 tahun iaitu 5 tahun pinjaman kereta + 10 tahun pinjaman peribadi . tetapi kaedah ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin menjadikan komitmennya rendah.


Dibawah ialah contoh bagi mereka yang ingin selesaikan pinjaman peribadi selama 3 tahun. Mungkin anda akan untung lebih bayak lagi. Selain dari itu beban bulanan anda rendah berbanding pinjaman kereta dahulu. Malah seperti anda membuat pinjaman kereta selama 9 tahun iaitu 5 tahun pinjaman kereta + 3 tahun pinjaman peribadi .

Hal ini kerana setiap kadar bunga akan di kenakan berdasarkan jumlah pinjaman anda iaitu RM100,00.00. Jadi apabila anda buat pinjaman peribali selepas 5 tahun jumlah pinjaman anda akan berkurang walaupun kadar bunga tinggi anda tetap mendapat keuntungan kerana kadar bunga di tentukan berdasarkan jumlah pinjaman iaitu RM30,944.44 setahun dan bukan lagi 100,000.00. Jika anda buat pinjaman peribadi selama 3 tahun anda akan Jimat sebanyak RM124,300.00-RM104,641.67 = RM 19,658.33. berbanding 10 Tahun sebanyak RM10,375.00.


Kesimpulan, terpulang kepada diri anda tepuk dada Tanya selera. Kebayakan dari kita tidak mahu menggunakan kaeadah yang boleh memberi keuntungan kepada diri sendiri dan tidak mahu mengkaji dan terus menyatakan pinjaman peribadi bagi menyelesaikan hutang kereta sangat merugikan. Tetapi tidak mahu analisis terlebih dahulu. Tetapi ingat  pihak bank akan kenakan charge terhadap pengurusan pinjaman anda. charge tidaklah terlalu tinggi hanya beberapa ratus sahaja atau mengambil deposit 2 bulan tujuannya adalah untuk menyelasaikan hutang jika tertunggak iaitu tujuan awasan bank. Malah charge ini tidak menjejaskan keuntungan anda.

Ini berdasarkan kajian saya,
Mungkin anda mempunyai pendapat yang tersendiri,
Selamat beramal,
Niat saya untuk membantu.

DALAM PROSES KEMAS KINI!!

Disediakan oleh:
Mohd Jeffrie Bin Jaafa