Sunday 21 August 2016

Perniagaan barang kemas vs pelaburan gold bar

          Hari ini saya akan merungkai keuntungan pelaburan emas yang sebenar bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan emas. Cuba fikir kenapa kedai emas lebih beri tumpuan kepada jualan emas bukan simpanan, sudah tentu dalam fikiran mereka  menjual emas lebih menguntungkan berbanding menyimpan. Dua jenis emas yang paling dikenali dikalangan kita iaitu gold bar, dinar emas dan barang kemas. Pembeli gold bar biasanya lebih fokus kepada simpanan manakala barang kemas lebih kepada perhiasan dan simpanan. Barang kemas permintaanya sangat tinggi berbanding gold bar malah menguntungkan bagi mereka yang pandai memanipulasikannya. Kebanyakan daripada kita yang baru berjinak-jinak dalam emas lebih beri tumpuan terhadap simpanan gold bar atau dinar sahaja. Kita dapat lihat pelbagai syarikat yang menawarkan harga yang murah untuk mendapatkan gold bar bagi menarik minat pelabur dengan mengenakan pelbagai yuran dan syarat yang tidak masuk akal. Manakala ahli pula tidak didedahkan ilmu secara sepenuhnya tetapi hanya untuk menambahkan jualan syarikat sahaja. ahli pula hanya diberi pendedahan tentang kepentingan menyimpan emas dan kelebihan emas sahaja. Ahli tidak diajar bagaimana cara menambah gram emas setiap bulan tanpa melibatkan kerugian dan kos yang tinggi. Ahli hanya diajar beli setiap bulan dan simpan dalam jangka masa yang panjang. Tetapi hakikat yang sebenar mereka mengalami kerugian apabila pada masa akan datang mereka ingin menjualnya dan selepas menjualnya mereka ingin mendapatkan kembali gram yang sama, kerana untuk mendapat gram yang sama bagi gold bar baru mereka perlu menambah wang mereka. walhal prinsip jualan atau pelaburan emas sebenar adalah untuk menambahkan gram emas setiap bulan tanpa ada kerugian. Kebanyakan daripada kita mudah tertipu dengan permainan naik turun harga emas. mungkin anda tidak faham jika diterangkan tanpa pengiraan. Disini saya akan buat perbandingan keuntungan jualan emas dengan menyimpan goldbar dan cara untuk menambah gram tanpa kerugian.




Gold bar beli pada 01/02/2016 :
Harga pergram : RM177/gram
Berat : 20 gram
Harga : RM3540.00

Biasa nak jual balik mesti tunggu harga emas naik dalam RM20/gram sebab harga buyback lebih rendah dari harga belian contoh harga emas meningkat RM20/grm pada 01/05/2016 :
Harga naik RM20/gram
Harga : RM 197/grm
Berat : 20 grm
Harga baru 20 grm : RM3940.00
Contoh susut nilai jual balik 6 %  bagi 20grm : RM236.40
: RM3940 – RM 236.40 = RM3703.60
: RM3703.60/20grm = RM185/grm

Jadi harga buyback ialah : RM185.18/grm
                                        : 20grm X RM185 = RM3703.60

Dari kiraan tersebut setelah jual balik anda akan dapat untung sebanyak  RM3703.60 RM3540.00 = RM163.60. tapi hakikatnya anda tidak boleh tambah gram kembali tetapi prinsip dalam peniagaan emas setiap keuntungan adalah untuk menambah gram emas. Jadi disini anda rugi kerana anda terpaksa tambah wang anda untuk dapatkan kembali emas 20 grm gold bar yang baru. Contohnya untuk dapat gold bar baru anda mesti tambah RM3706.60 – RM3940.00 = RM233.40 disini anda Nampak bahawa anda perlu keluarkan wang anda terlalu tinggi dari keuntungan anda. Jadi mana nak dapat untung sedang gram emas pun tidak boleh ditambah. Sebenarnya anda sudah dipermainkan oleh peniaga emas yang ingin mendapatkan keuntungan dari anda, mereka tidak perlu berkerja tetapi kita yang perlu berkerja untuk mereka. Sedangkan mereka dapat untung berganda-ganda sebab emas yang anda jual dengan harga buyback mereka boleh proses untuk mendapatkan goldbar baru dan jual dengan harga baru. Jika anda kata tunggu harga turun baru beli, sampai bila nak tunggu tiada pakar yang boleh buat ramalan turun naik harga emas. Jika harga emas terus naik anda mungkin bertambah rugi. Jika harga emas turun belum tentu anda untung. Sebab penurunannya terlalu sedikit berbanding kenaikannya.

Jadi macam mana penyelesaiannya, jadikan emas sebagai alat perniagaan. Dengan cara anda buat keuntungan sendiri dengan membeli gold bar dengan harga buyback sesama ahli dan jual kembali kepada pembekal atau ahli bila harga naik atau jual kepada yang ingin membeli dengan harga asal contoh beli harga buyback 1grm dengan harga RM175.78 dengan susut nilai 6 % X RM187 = RM11.22 jadi anda jual dengan harga asal RM187 anda dapat untung RM11.22 pembeli tidak rasa kerugian diatas belian tersebut atau jual dengan harga RM192 temasuk upah risiko RM5 untuk tambah gram.  Jika anda beli yang baru contoh beli gold bar RM187 + Upah  RM 5 = RM 192 anda jual dengan mengambil untung RM10 jadi jual harga RM202 cuba tengok berapa orang yang akan beli sebab setengah orang akan pandang harga RM187 jadi permintaan akan kurang kerana mereka Nampak rugi sebab harga asal rendah berbanding harga sebenar. Sebab mereka boleh lihat harga asal emas gold bar 999.9 lebih baik mereka pergi beli sendiri lagi murah.  Jadi fikir-fikirkan lah anda sebagai pelabur dan perniaga yang bijak.

Dengan ini, saya sertakan juga cara untuk mendapatkan keuntungan jualan barang kemas.

Saya bagi contoh untuk mendapatkan keuntungan barang kemas:


Perniagaan barang kemas :

Harga pada 01/02/2016
Harga 999.9 = RM173/grm

Jadi harga jual 916 : 65** x 0.*** x 0.0*** =  RM 156/grm

Harga beli emas terpakai : 64** -1** X 0.*** x 0.0*** =  RM 151/grm
Berat : 20 grm

Harga beli : RM151 X 20grm = RM 3020

Jadi untuk mendapatkan emas 20 grm anda perlu keluarkan modal RM3020 jadi bila anda ingin menjual anda mesti naikkan RM5/grm untuk risiko kerugian jadi RM151 + RM 5 = RM156. Harga RM156 memang harga jual jadi anda perlu naikkan lagi RM 5/grm jadi RM161/grm. Disini anda dapat untung RM10/grm jadi anda perlu jual RM161 X 20grm = RM3220. Disini anda dah untung RM3020RM 3220 = RM200 untuk 20grm barang kemas. Jadi anda tidak perlu tunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan keuntungan. RM200 tadi boleh  anda buat tambah 1gram lebih emas sebab beli barang kemas used dengan harga RM151 pada bulan yang sama tidak perlu menunggu berbulan-bulan. Cuma bahagian ini orang kurang Nampak dalam perniagaan emas.

Kenapa kedai emas ambil untung tinggi kerana mereka akan tanggung kerugian jika harga emas jatuh mendadak keatas modal belian mereka..
Mungkin anda mempunyai pendapat sendiri..
Ini ada lah hasil kajian saya..
Kajian ini adalah untuk jualan/simpanan jangka pendek sahaja..
Terima kasih kerana membaca..
Pilihan berada di tangan anda Selamat beramal..

Dalam proses kemas kini…


Disediakan oleh : mohd Jeffrie bin Jaafa

1 comment:

  1. Your Affiliate Money Making Machine is ready -

    Plus, getting it running is as easy as 1-2-3!

    This is how it all works...

    STEP 1. Tell the system what affiliate products you want to promote
    STEP 2. Add some PUSH BUTTON TRAFFIC (it LITERALLY takes 2 minutes)
    STEP 3. See how the system explode your list and upsell your affiliate products all on it's own!

    Are you ready to make money ONLINE??

    Click here to start running the system

    ReplyDelete