Tuesday 31 May 2016

KESILAPAN MEMBAYAR HUTANG MELALUI GADAIAN EMAS

Hari ini saya akan buat satu atikel baru yang menerangkan tentang gadaian bagi menyelesaikan hutang pinjaman yang berlonggok-longgok. Di sini saya akan menerangkan risiko dan cara yang betul dalam menyelesaikan hutang melalui gadaian emas, kebanyakan artikel yang kita baca tidak menerangkan secara sepenuhnya. Ada setengah menyatakan gadaian secara berperingkat, walhal bagi menyelesaikan masalah, pertama sekali anda mesti tahu bila hutang anda akan selesai. Jika 10 tahun lagi anda tidak digalakan untuk mengikut cara ini kerana tempoh  bayaran hutang yang terlalu panjang dengan jumlah hutang yang terlalu tinggi berbanding tempoh gadaian yang mengabil masa 1 tahun untuk anda selesaikan hutang anda di Ar-Rahnu. Mungkin tidak logik untuk anda selesaikan hutang anda di Ar-Rahnu dalam tempoh yang singkat dengan jumlah hutang yang terlalu tinggi. jika anda ingin melanjutkan tempoh gadaian mungkin anda boleh teruskan. Tetapi risiko harga emas menurun anda akan tanggung kerana bila tamat tempoh setahun emas anda akan ditimbang kembali untuk menambah lagi setahun pinjaman dan timbangan pula mengikut harga emas semasa jika harga emas pada masa tersebut turun anda perlu menambah jumlah wang yang berkurang itu jika harga emas naik mungkin itu ganjaran anda, kerana lebihan penambahan itu akan menambah pinjaman anda. Tetapi disini mungkin anda rugi kerana anda akan menanggung upah yang tinggi kerana upah Ar-rahnu dikira 0.68% mengikut bulanan dari nilai marhun berbanding bank yang interest diambil dalam 4% setahun bagi kadar bunga tetap dari keseluruhan pinjaman sebagai contoh kiraan penangguhan bayaran seperti dibawah;

KESILAPAN YANG SELALU BERLAKU DALAM GADAIAN DALAM MENYELESAIKAN HUTANG

Situasi pertama : ingin menyelesaikan hutang di bank sebanyak RM 7461.96 selama 1 tahun.

Dengan andaian hutang sebanyak RM 7461.96 selama 1 tahun (kadar bunga tetap 4%)
Biasanya bank menawarkan kadar bunga tetap sebanyak 4%

CONTOH PINJAMAN BANK SEBANYAK: RM7461.96

KADAR BUNGA : RM7461.96 X 4% =RM258.48 SETAHUN/ RM21.54 SEBULAN

JUMLAH BULANAN : RM621.83 + RM24.87 (KADAR BUNGA) = RM 643.37 SEBULAN

JUMLAH SETAHUN HUTANG TIDAK TERMASUK INTEREST :RM 612.83 X 12 = RM 7461.96

JUMLAH SETAHUN HUTANG TERMASUK BUNGA : RM612.83 X 12 BULAN                            
                                                                                                  = RM7720.44



ANDA MEMILIH MEMBUAT GADAIAN BAGI MENYELASAIKAN MASALAH DI ATAS.

Contoh : Gadaian Ar-Rahnu PERTAMA (1 TAHUN)

Barat emas : 65 gram 

Harga Arahnu : RM164/gram                 

Cara pengiraan : RM164 X 65gram = RM 10660.00  

Jumlah pinjaman : 70%  

Jumlah pinjaman : RM 10660.00 X 70% = RM 7462.00

Jumlah upah sebulan: RM 10660.00 X 0.68% = RM72.49/ RM 869.88 setahun

SETAHUN YANG ANDA PERLU BAYAR KEPADA AR-RAHNU TERMASUK UPAH  :

=RM 7462.00 + RM 869.88 = RM8331.88


KESIMPULANNYA :

Anda boleh banding sendiri dalam setahun anda perlu bayar kepada bank sebanyak RM7720.44 manakala Ar-rahnu setahun RM8331.88 kerugian yang ditanggung sebanyak RM611.44. Inilah kerugian yang anda tanggung akibat tersilap langkah walaupun hutang anda dapat di selesaikan dengan cepat. Hal ini kerana, anda tersilap bahagian kadar upah iaitu 0.68% kecil berbanding bank 4%, walhalnya anda tertipu sebenarnya Ar-rahnu 0.68%  sebulan dari nilai marhun berbanding bank 4% setahun daripada jumlah pinjaman (rujuk kiraan upah dan kadar bunga bank di atas). Perhatian : Setahun dan sebulan banyak bezanya. Jika dibuat secara berperingkat contoh gadai emas secara asing 10g 6 keping dan 5g sekeping dan tebus secara berperingkat pun anda tetap rugi. Anda fikir sendiri dan banding sendiri. Kecuali anda boleh tebus dalam masa yang singkat. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan tambahan mungkin mampu. Tetapi anda tepuk dada Tanya selera. Saya bukan ingin menyokong dan membakang mana-mana pihak tetapi saya akan bantu anda sekadar yang mampu. kenapa saya memilih satu tahun supaya anda senang menilai, kiraanya tetap sama jika anda ingin selasaikan hutang anda awal 5 atau 4 tahun.



SAYA SERTAKAN CONTOH JIKA ANDA INGIN MENYAMBUNG TEMPOH GADAIAN 

Gadaian KEDUA (PENAMBAHAN 1 TAHUN) Disebabkan tidak mampu tebus dalam masa terdekat emas anda akan ditimbang kembali dengan andaian harga emas menurun RM 4.00.

Barat emas : 65 grm 

Harga Arahnu : RM160/grm                         

Cara pengiraan : RM160 X 65grm = RM 10400.00

Jumlah pinjaman : 70%              

Jumlah pinjaman : RM 10400.00 X 70% = RM 7280.00

Jumlah upah : RM 10400.00 X 0.68% = RM70.72/ RM 848.64

Disini berlakunya penambahan bayaran sebanyak  RM 7452.00 - RM7280.00 = RM 172 dan sebelum timbangan dibuat anda mesti menyelesaikan upah dalam setahun yang tertangguh baru boleh buat timbangan baru iaitu sebayak RM 869.88. Jika tidak diselesaikan tangguhan upah tersebut emas anda akan di lelong. Upah biasa perlu diselesaikan setiap enam bulan sekali tetapi ada sesetengah Ar-Rahnu mereka tolak siap-siap upah daripada jumlah pinjaman.

CARA BETUL DALAM MENYELESAIKAN HUTANG MELALUI GADAIAN AR-RAHNU

Sebelum anda membuat gadaian Ar-Rahnu anda mesti semak berapa jumlah baki pinjaman di bank dan pinjaman pula mestilah berbaki bawah setahun untuk diselesaikan bukan berbaki 5 atau 4 tahun. Pinjaman mestilah mempunyai tempoh bayaran balik yang lama contoh 9 tahun dengan jumlah pinjaman yang tinggi contohnya RM40,0000. Selain daripada itu anda mesti melihat komitmen anda dalam menyelesaikan hutang  Ar-Rahnu bagi menebus balik emas yang anda pajak.


Contoh kiraan: pinjaman kerata

Pinjaman membeli kereta myvi 
 
Jumlah pinjaman bank : RM 50,000.00 

Tempoh bayaran : 9 tahun/108 bulan
        
Interest : 3.5% setahun/RM 50000.00 X 3.5% = RM1750 setahun

Bayaran bulanan : RM608.79

Bayaran setahun tidak termasuk interest : 50,000/108 = RM462.96
                                                                        = RM462.96 X 12 bulan = RM 5555.52

Bayaran untuk setahun termasuk interast : RM462.96 X 12 bulan + RM1750
                                                                           = RM7305.52

Baki hutang yang perlu diselesaikan di bank sebayak RM 5555.52 dalam tempoh kurang setahun. Tidak perlu masukkan interest kerana anda selesai awal setahun. 

Jadi anda membuat gadaian  emas di Ar-Rahnu untuk jimat bayaran interest dan menyelesaikan bayaran hutang di bank sebanyak RM 5555.52  :


Berat emas yang hendak digadai : 50gram

Harga gadaian : RM164/gram

Harga gadaian : RM164 X 50gram =RM8200.00

Pinjaman : 70% 
                                             
Jumlah pinjaman :RM8200.00 X 70% = RM5740.00

Upah : 0.68% 
      
Jumlah upah :RM 10,660.00 X 0.68% = RM 55.76 sebulan/RM669.12 setahun

Jumlah bayaran setahun untuk menebus emas di Ar-Rahnu : RM5740 + RM669.12 = RM6409.12


KESIMPULANYA :

Di sini anda dapat lihat penjimatan anda sebanyak RM7305.52 – RM6409.12 =RM896.40

Lebihan RM896.40 tadi boleh buat beli emas sebagai tambahan pelaburan. Ada lagi lebihan sebanyak RM184.48 kerana hutang sebenar yang perlu bayar ialah RM5555.52 tetapi jumlah pinjaman Ar-Rahnu RM5740.00. Jika di campur lebihan tadi sebanyak RM884.14 boleh beli emas. Silap-silap ada lagi lebihan sebab kebiasaan bank akan bagi rebat jika dapat selesaikan hutang awal. 

Sebagai seorang yang bijak, anda pilihlah yang dapat memaksimunkan keuntungan kepada diri anda. Jangan sampai andai terjerat sudah. Jikalau boleh buat kajian terlebih dahulu sebelum membuat tindakan kerana kesilapan akan membawa kepada kerugian besar kepada diri anda. Mungkin anda mempunyai pendapat yang sendiri,beginilah bila emas berbicara. selamat mencuba.

Perhatian !!
Pembayaran kepada Ar-Rahnu buat seperti anda membayar hutang kepada bank!!!
Cari lah Ar-Rahnu yang boleh bagi pinjaman yang tinggi dan kadar upah yang rendah!!

Nukilan oleh :

Mohd Jeffrie Bin Jaafa
( Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Dengan Kepujian)
Universiti Pendidikan Sultan Idris

           

4 comments:

  1. Now i know... tq for sharing... ☺

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas infonya.
    Saya ambil yg haq sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  3. TERIMA KASIH ATAS NASIHAT TUAN .SEMOGA ALLAH MERAHMATI TUAN

    ReplyDelete
  4. Let me tell you something...

    What I'm going to tell you may sound a little creepy, and maybe even a little "supernatural"

    BUT what if you could simply hit "Play" to LISTEN to a short, "magical tone"...

    And miraculously bring MORE MONEY into your LIFE?

    What I'm talking about is BIG MONEY, even MILLIONS of DOLLARS!

    Sounds way too EASY? Think it couldn't possibly be REAL???

    Well then, I've got news for you...

    Usually the largest blessings life has to offer are also the EASIEST!

    Honestly, I'm going to provide you with PROOF by allowing you to listen to a REAL "miracle money tone" I've produced...

    (And COMPLETELY RISK FREE).

    You simply hit "Play" and watch as your abundance angels fly into your life. starting almost INSTANTLY.

    CLICK here to experience this magical "Miracle Money Sound Frequency" as my gift to you!

    ReplyDelete