Monday 30 May 2016

Barang kemas 916 baru vs barang kemas 916 terpakai






Mesti anda terfikir kenapa saya ingin menulis tajuk sebegini, sebenarnya saya ingin membuat pebandingan antara  barang kemas baru dengan barang kemas terpakai. Kerana kedua-dua barang ini mempunyai kelebihan masing-masing terpulang kepada si pemakai sama ada ingin membuat simpanan, pelaburan atau perniagaan. Bagi masyarakat kita lebih cenderung membeli barang kemas baru berbanding barang kemas terpakai. Kerana banyak pilihan, berkualiti dan bergaya kerana kelihatan baru tetapi mereka tidak melihatnya dalam jangka masa pendek dan panjang dari segi keuntungan dan kerugian semasa menjualnya kembali apabila betul-betul memerlukan duit dan terdesak. Bagi orang kaya mereka tidak ada masalah dalam hal demikian kerana mereka lebih cenderung kepada koleksi dan simpanan. Berbanding mereka yang menyimpan emas untuk digunakan semasa perlu dan mereka yang ingin membuat pelaburan. Disini saya sertakan contoh situasi :

Contoh situasi :



Emas Baru
Harga : RM160/grm
Berat : 20grm
Upah : RM 200.00
GST 6% : RM 204

HARGA EMAS BARU = RM160 X BERAT 20GRM + UPAH RM 200
                                       = RM 3400.00 + GST 6%
                                       =RM 3604.00

Hakikatnya anda membelinya dengan harga RM180.20/grm cara kiranya
= RM3604.00/20grm
= RM 180.20/grm

Bila anda nak menjualnya pada 2 bulan kemudian cari kedai emas yang boleh mengambil harga buy back paling tinggi:

contoh emas naik RM 5  jadi harga hari tersebut 165/grm biasanya kedai emas akan tolak 11% hingga 15% dari harga emas semasa 15% X RM165 = RM24.75 bermakna RM160 – RM24.75 =RM140.25/grm jadi harga emas yang anda jual RM140.25 X 20grm =RM2805.00. kalau anda lihat disini anda dah rugi sebanyak  RM3604.00 – RM2805  =RM799. Anda fikirlah sendiri dan buat perbandingan.

Lain pula bagi mereka ingin membuat duit dengan emas. Cara ini yang paling betul. Jika anda beli barang kemas terpakai pastikan barang itu berkeadaan elok, apabila dicuci barang kemas akan kelihatan baru tetapi cahaya bahagian tepinya akan pudar sedikit itu pun jika anda ingin memakainya selepas membeli. Anda perlu ingat jika emas harga tetap emas walaupun dah jadi habuk. Bukan kereta yang harga semakin menurun. Kalau kita lihat jarang sekali orang yang tahu kelebihan barang kemas terpakai ini. Jika mahu harga lagi murah belilah secara individu itu pun kalau anda pandai mengira kualiti harga emas 916 selepas ditolak 120 dengan harga belian kilang dan anda mesti ada alat menguji ketulinan emas 916.

Contoh belian barang kemas terpakai:

Harga barang kemas terpakai biasanya rendah sedikit berbanding dengan emas baru

HARGA SEMASA : 160/grm
Harga barang kemas terpakai : RM 155/grm
Upah : TIADA
Berat : 20grm

Biasanya tiada GST kalau ada GST pun tetap lagi untung dan kerugian tetap rendah

HARGA EMAS TERPAKAI : RM155 X BERAT 20GRM + UPAH TIADA
                                                    = RM 3000.00
Bila anda ingin menjualnya pada 2 bulan kemudian cari kedai emas yang boleh mengambil harga buy back paling tinggi:

Contoh situasi:
Harga emas naik RM 5  jadi harga hari tersebut 165/grm biasanya kedai emas akan tolak 11% hingga 15% dari harga emas semasa 15% X RM165 = RM24.75 bermakna RM160 – RM24.75 =RM140.25/grm jadi harga emas yang anda jual RM140.25 X 20grm =RM2805.00. kalau anda lihat disini anda dah rugi sebanyak  RM3000 – RM2805  =RM195.


Anda fikirlah sendiri dan buat perbandingan. Kalau emas baru jual balik anda akan rugi RM799 barang kemas terpakai pula anda rugi RM 195. Cuba bayangkan selepas simpan 10 tahun anda menjualnya, yang mana lagi banyak untung fikir-fikirkanlah. Mungkin anda mempunyai pendapat sendiri, tepuk dada tanya selera. Ini sekadar perkongsian sahaja.

PERHATIAN!!!
INI UNTUK SIMPANAN JANGKA PENDEK SAHAJA!!!

Nukilan oleh :

Mohd Jeffrie Bin Jaafa
( Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Dengan Kepujian)

Universiti Pendidikan Sultan Idris

2 comments:

  1. Your Affiliate Profit Machine is waiting -

    Plus, making profit with it is as easy as 1---2---3!

    Here is how it works...

    STEP 1. Tell the system which affiliate products the system will push
    STEP 2. Add PUSH BUTTON traffic (it ONLY takes 2 minutes)
    STEP 3. See how the system explode your list and upsell your affiliate products all by itself!

    So, do you want to start making profits??

    Click here to start running the system

    ReplyDelete
  2. terima kasih share pengiraan dan perbandingan.Terima kasih

    ReplyDelete