
Jika ada pembeli yang
ingin membeli emas secara hutang Ar-rahnu boleh dijadikan tempat untuk mendapatkan pinjaman kepada pembeli dengan mengadaikan emas tersebut bagi mendapat wang. Tips ini
ada bagi membantu mereka yang ingin membeli emas tetapi tidak mampu bayar cash
dan boleh dilakukan dengan cara ini contohnya.
Situasi 1
Emas
yang ingin di beli 916
Berat : 10.60g
Harga pergram : RM160/grm
Jadi harga emas
tersebut RM 1696.00
Situasi 2
Pembeli
dan penjual mesti pencari Ar-rahnu yang mempunyai pinjaman yang tinggi dan upah
yang rendah.
Contoh jumlah gadaian Ar-rahnu:
Emas 916 : RM170/grm
Berat emas :10.60g ( emas yang ingin dibeli)
*biasanya ar-rahnu akan ambil harga yang
tinggi.
Jadi Ar-rahnu mengambil
dengan harga RM 1802.00
Jumlah pinjaman biasa 70% dari nilai marhum dan upah dikira
dari nilai marhum
Pinjaman : RM1261.40
Upah :RM 1802 X 0.68% = RM12.25/bulan
Jumlah pinjaman tadi
digunakan untuk membayar emas yang ingin dibeli oleh pembeli tersebut kepada penjual iaitu sebanyak RM1261.40 dan baki tadi sebanyak RM1260.40 – RM 1696.00 =
RM435.60 ialah deposit kepada penjual. Selepas urus niaga selesai. Emas
tersebut sudah menjadi hak milik pembeli tetapi pembeli tersebut perlu menebusnya kembali
secara ansuran dengan Ar-rahnu, terpulang kepada pembeli tersebut nak lanjutkan tempoh selama mana untuk menebus emas tersebut lagi cepat lagi bagus kerana dapat mengurangkan kadar upah yang perlu dibayar. Tetapi ingat teknik ini mesti
mendapat persetujuan di antara kedua-dua pihak pembeli dan penjual. Biasanya cara pembelian ini digunakan untuk membeli jenis barang kemas used
kerana tiada upah dengan ini dapat mengurangkan kerugian kepada pembeli. Bila berada Ar-rahnu emas anda akan selamat. dan jangan menganggap upah yang dibayar kepada Ar-rahnu adalah satu kerugian tetapi mengangap sebagai upah simpan supaya emas anda selamat daripada kecurian dan hilang. Anda tidak rugi kerana harga emas meningkat pada setiap bulan atau tahun malah untung kerana dapat beli dengan harga murah pada masa sekarang. Walaupun emas anda berada di Ar-rahnu.
PERHATIAN!!!
"teknik ini akan berlaku kerugian juga jika berlaku kejatuhan harga emas secara mendadak, kerugian ini berlaku kepada pembeli tetapi belaku sebaliknya jika harga emas naik jadi pilihan berada di tangan anda" jadi carilah waktu yang sesuai untuk membuat pembelian. Oleh itu saya sarankan supaya teknik ini digunakan untuk membeli barang kemas terpakai sahaja supaya kerugian tidak terlalu banyak. teknik ini boleh digunakan kepada pembeli dan kepada penjual supaya kedua-dua pihak tidak mengalami kerugian Hal ini kerana jika pembelian secara hutang kedua-dua pihak akan mengalami kerugian jika tidak mengurusnya dengan baik akibat daripada kejatuhan dan kenaikan harga emas itu sendiri. iaitu jika harga naik pembeli yang untung manakala penjual yang rugi dan jika harga jatuh penjual yang untuk dan pembeli yang rugi. saya bagi contoh dibawah;
Contohnya :
Jika pembeli membeli secara hutang dengan penjual dengan harga RM150.00/gram dengan berat 10 grm dengan jumlah bayaran sebanyak RM1500.00 dan dibayar RM250.00 X 6 bulan. cuba bayangkan jika harga emas NAIK RM5.00/gram jadi RM150.00 + RM5.00 =RM155 X 10 =RM1550.00 jadi penjual akan rugi sebayak RM50.00 dan pembeli untung sebanyak RM50.00 itu untuk 10 gram jika lebih bayangkan dan sebaliknya jika harga emas JATUH sebanyak RM5.00 jadi RM150.00 - RM5.00 = RM145.00 X 10 = RM1450.00 jadi pembeli akan rugi sebanyak RM50.00 dan penjual akan untung sebanyak RM50.00
Contohnya :
Jika pembeli membeli secara hutang dengan penjual dengan harga RM150.00/gram dengan berat 10 grm dengan jumlah bayaran sebanyak RM1500.00 dan dibayar RM250.00 X 6 bulan. cuba bayangkan jika harga emas NAIK RM5.00/gram jadi RM150.00 + RM5.00 =RM155 X 10 =RM1550.00 jadi penjual akan rugi sebayak RM50.00 dan pembeli untung sebanyak RM50.00 itu untuk 10 gram jika lebih bayangkan dan sebaliknya jika harga emas JATUH sebanyak RM5.00 jadi RM150.00 - RM5.00 = RM145.00 X 10 = RM1450.00 jadi pembeli akan rugi sebanyak RM50.00 dan penjual akan untung sebanyak RM50.00
Jadi fikir-fikirkan lah sebelum membuat keputusan!!!
Setiap keputusan berada di tangan anda!!!
Selamat mencuba ye..!!!
Disediakan
oleh: Mohd Jeffrie Bin Jaafa